Rawatan Kayap Menggunakan Supplemen Semulajadi Yang Selamat Dan Berkesan

Pernah kena kayap? Hanya yang pernah kena saje yang tahu betapa sakitnya kena kayap ni. Ayah saya pernah kena kayap. kata beliau, orang dewasa yang kena pun tak tahan, apatah lagi kalau kanak-kanak yang kena. Masa tu say tak kenal Shaklee lagi.

Nampak sangat ayah menahan sakit kayap. Pelbagai ikhtiar dibuat untuk rawat kayap. Bila dah kenakl Shaklee, baru tahu terdapat supplemen yang boleh membnatu masalah kayap ni.

Apa itu kayap

Kayap dikenali sebagai herpes zoster. Punca penyakit kulit dan saraf ini terjadi adalah dusebabkan oleh virus varicella zoster (VZV). Ia menyebabkan timbulnya ruam di permukaan kulit yang amat pedih dan muncul juga kelepuhan pada bahagian tertentu tubuh

Selepas pulih dari Chicken Pox, virus ini akan kekal dorman dalam sistem saraf pusat tubuh anda. Jadi, sesiapa yang pernah dijangkiti Chicken Pox, samaada kanak-kanak atau dewasa boleh dijangkiti Kayap.

Virus Varicella-zoster adalah tergolong dalam kumpulan virus yang dipanggil virus herpes, itulah sebabnya kayap juga dikenali sebagai herpes zoster. Semua virus herpes boleh bersembunyi di dalam sistem saraf dan boleh kekal hampir selama-lamanya. Ia menunggu waktu yang sesuai(imun rendah) untuk aktif kembali.

Bila  baca fakta ni  betapa  pentingnya kita perlu memastikan imuniti tubuh kita sentiasa berada di tahap maksimum.

Punca Penyakit Kayap

Kebanyakan pengamal kesihatan berpendapat, kayap berlaku apabila sistem imun tubuh lemah dan  menyebabkan virus itu untuk aktif semula. Ok kat bawah ni saya share punca2 yg mungkin trigger jangkitan kayap

  • Penuaan – semakin berusia individu itu, tahap imun semakin rendah
  • Individu yang mengidap penyakit berkaitan imun seperti HIV / AIDS
  • Individu di bawah rawatan kanser (kemoterapi dan radioterapi)
  • Tekanan atau trauma – tekanan psikologi dan emosi
  • Ubat – immunosuppressive dmoo drugs
  • Pesakit selepas melalui pemindahan organ
  • Kanak-kanak – kanak-kanak yang ibunya dijangkiti chicken pox di akhir kehamilan

Ok kalau kita tengok pada punca2 yang trigger jangkitan ni, kebanyakan berkait rapat dengan imun sistem yang lemah kan

 

TANDA-TANDA KAYAP

Simptom kayap yang paling biasa adalah kulit menjadi menggelembung berisi air seperti melepuh (blister). Selain itu anda akan berasa sakit mencucuk-cucuk dan panas di bahagian tertentu kulit. Kulit melepuh atau blister tu contohnya macam bila kita terkena benda panas..kulit jadi menggelembung dan berisi air

Kronologi jangkitan

Simptom awal

– Rasa sakit yang tidak tertahan, kebas-kebas dan gatal-gatal pada bahagian tertentu kulit.

– Demam urat dan sakit kepala

Simptom awal berlarutan sehingga 1-5 hari

Lepuh/blister muncul

– Selepas hari ke 5, ruam mula muncul pada bahagian tertentu kulit.

– Ruam merah yang muncul mengembang menjadi lepuh berisi cecair gatal.

– Ruam mungkin melibatkan muka, mata, mulut, dan telinga.

– Kadang-kadang kulit yang melepuh bergabung, membentuk jalur berisi air pada badan.

– Lepuh yang baru akan sentiasa timbul dalam masa seminggu.

 

Kering berkeruping

– Dalam 7 ke 10 hari, lepuh akan beransur-ansur kering dan membentuk  keruping dan gugur dari tubuh. Parut-parut kecil mungkin terbentuk. Pada ketika ini, ruam tidak lagi berjangkit.

Jangkitan kayap biasanya mengambil masa 2-4 minggu untuk pulih sepenuhnya. Kayap boleh menjejaskan mata (dipanggil kayap optik) di mana virus akan menyerang satu saraf oftalmik dan menyebabkan rasa sakit pada mata. Dalam sesetengah kes, boleh menyebabkan kehilangan penglihatan sementara atau kekal. Sangat bahaya kan. Dah bahaya sehingga melibatkan masalah penglihatan

 

Rawatan Kayap Menggunakan Supplemen Semulajadi Yang Selamat Dan Berkesan

Oleh kerana kayap ni lebih melibatkan sistem imun tubuh, jadi supplement terbaik adalah set imun

Vivix

Vivix kaya dengan antioksidan dan resveratrol. Antioksidan yang sangat tinggi dalam Vivix Shaklee membantu meningkatkan tahap imun tubuh seseorang. Ini membantu melawan penyakit supaya sembuh lebih cepat dan mengelakkan berlakunya serangan semula dalam jangka panjang

Nutriferon

Dalam jangkitan kayap, tubuh kita diserang oleh virus yang sedia ada di dalam tubuh. Virus ini kembali aktif dicetuskan oleh beberapa punca antaranya ialah imun tubuh yang rendah. Nutriferon bertindak dengan meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan sekaligus bertindak memantapkan kembali sistem imun tubuh kita.

Vitamin  C

Kandungan antioksidant yang tinggi dalam Vitamin C membantu meningkatkan pertahanan tubuh pesakit. Ini membantu pesakit sembuh lebih cepat dan mengelakkan jangkitan berulang. Selain itu vitamin C menggalakkan sintesis kolagen yang membantu membentuk struktur kulit yang sihat. Juga terbaik dalam merawat luka dan parut.

Ok selain daripada set imun, kita boleh juga cadangkan supplement yang bagus untuk saraf seperti Bcomplex dan Lecithin

 

B Complex

B Complex adalah vitamin yang bagus untuk kesihatan saraf dan memberikan effect penenang semulajadi kepada pesakit. Ini sangat membantu pesakit kayap yang mengalami masalah demam urat dan sakit-sakit badan (lenguh, kebas dan kejang).

Lecithin

Lecithin dikatakan sebagai makanan otak dan saraf. Bagus sangat untuk pesakit kayap kerana kayap ni berkait rapat dengan sistem saraf.

Testimoni pesakit kayap

Siti Norhayati Abdul Halim
September 6, 2013

Ingat lagi Ramadhan 2011, tragedi diserang penyakit kayap. Kene tang muke plak tu. Habis separuh muke seblah kanan melepuh2. Masuk Wad 5 hari sebab effect pada mata jugak. Makan ubat Acyclovir 5x sehari. So, mmg tak boleh menunaikan ibadah puasa langsung!

Lepas kena discharge, selain teruskan makan Acyclovir dan sapu dalam mata, Along Hadhatina Mkb bagi makan NUTRIFERON.

NUTRIFERON ni untuk boost balik sistem imunisasi yang dah jatuh/lemah. Alhamdulillah, berkat kuat semangat nak sembuh dan tak henti consume ubat & supplement Shaklee dari Along, kayap-kayap tersebut bertempiaran lari meninggalkan muke…

LECITHIN pun consume jugak lepas tu sebab kayap ni tinggalkan parut hitam kat kawasan yang di’jajah’ kayap tu. Memang jadi “two face” bile daftar masuk LLB di UiTM. Belajar tetap Belajar. Ubat makan jugak. Dalam 5 bulan berturut-turut makan LECITHIN dan jua B COMPLEX, warna kulit muka dah sekata balik. Dah takde ‘two face’.

Thanks to Emak Hajjah Nur Huda yang tak henti2 menjaga kakak time berkayap tu, Along- sebab buat research pasal kayap and bagi supplement SHAKLEE NUTRIFERON, LECITHIN & B COMPLEX TU… serta adik beradik laien yang menggembirekan hati dengan menggelar kakak si KAYAPA. Kikikikiki~

Bila sakit jangan risau, YAKIN PADA ALLAH. Sebab setiap sesuatu tu datang dari Allah. Bila dah cukup time, Allah akan ambil yang didatangkan tu. Kayap ni dia bagi, then bile dah usaha dan YAKIN PADA DIA akan sembuhkan, dia ambil balik kayap tu. FAITH IS EVERYTHING!

Kayap satu penyakit yang menyerang secara tiba-tiba. Usah berkira-kira untuk dapatkan rawatan untuk kayap. Tambah-tambah kalau ada orang yang tersayang kena kayap. Ikhtiar, insyuaAllah sangat membantu.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan boleh hubungi saya melalui wasap. klik saje di sini

untuk order online vivix, klik saje di sini

untuk order set kayap order disini

FB : Wan Norasiah

Tel: 0199656193

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

COD : Kampar – Gopeng – Batu Gajah – Simpang Pulai – Ipoh

 

3 thoughts on “Rawatan Kayap Menggunakan Supplemen Semulajadi Yang Selamat Dan Berkesan

  1. Saya pn pernah kena kayap awal tahun 2016 rasanya…kat muka masa kt UK. x mkn vitamin shaklee lg masa ni. punya azab sbb doktor tu x tahu tu kayap (shingles)…haha. Dia ckp pengotor…dia bagi antibiotik. Pastu makin teruk after 10 days tu. Tunjuk gambar kt family di malaysia, kata kayap. Pastu terus diorang amik prescription pakar kt malaysia. Tunjuk kt doktor di UK tu baru dia bg antivirus yg sepatutnya tu. Makan 5 hari terus baik…sembuh. Lucu..pengalaman. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge