Petua Mengelakkan Jaundice Pada Bayi

Dah biasa sangat kita dengar bayi yang baru lahir telah sinonim dengan Jaundice atau kata lain demam kuning. Pengalaman saya ketiga2 anak saya mengalami jaundice selepas 2, 3 hari dilahirkan. Yang paling teruk puteri saya Az Zahra dalam kategori ‘prolong jaudice, iaitu demam kuning dalam jangka masa yang panjang. Adakah cara untuk mengelakkan jaundice ini berlaku?Jom kita ikhtiar semasa ibu mengandung lagi..

jaundice
bayi berada di bawah lampu biru

Semasa bersalin Zahra, awal2 memang tak dapat kesan ada Jaundice. 3 hari selepas balik dari hospital, nurse yang datang melawat dapat kesan jaundice. Hari kedua cek darah terus warded sebab bacaan yang tinggi.Emmm…kadang kesian jugak tengok duk bawah lampu. Abang2 nya dulu tak perlu warded pun hanya ambil darah saje. Tapi nasib baik satu malam saje duk hospital…ok la dengan keadaan ibu yang tidak mengizinkan.

Berada di hospital memang semestinya perlu sentiasa awasibayi. Ibu memang  tidak dapat rehat yang cukup. Bayi sebenarnya tidak selesa berada di bawah lampu sebab panas. Mereka akan sentiasa menangis dan kita pulak tak boleh selalu bawa keluar dari lampu tersebut. Kadang mereka tidak selesa pakai penutup mata tu…emmm umur 2,3 hari pun dah pandai demand.

Ibu juga perlu sentiasa memberi susu ibu bagi membantu mempercepatkan penurunan bacaan demam kuning. Boleh dikatakan setiap 2 jam nurse akan datang ambik darah bergantung kepada bacaan masing2.

Apakah Jaundice ni?

Jaundice terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan. Bilirubin ialah satu bahan kmia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi kerana mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan didapati kadangkala ginjal mereka yag masih baru tidak boleh memetablismekan bilirubin yang berlebihan itu.

Jaundice tidak merbahaya kepada bayi tetapi akan menjadi bahaya jika tidak dikawal lebih awal. Oleh itu ibu perlu sentiasa mengikut saranan doktor atau nurse membawa anak untuk diambil darah. Sesetengah ibu mengambil mudah dengan tidak membawa anak ke klinik atas sebab kesiankan bayi kena ambil darah.. Ibu2 bila dah terlewat jangan menyesal!!!

Mungkin petua dan amalan yang akan saya kongsikan ini dapat membantu para ibu untuk mengelak dan mengubati jaundice. Ibu akan abuat yang terbaik untuk anakknya. Insya Allah kita ikhiar Allha saje yang menentuknannya.

Amalan Ibu Mengandung Yang Boleh Mengelakkan Jaundice:

  • Kurma – Amalkan makan kurma setiap hari. Biasakan sarapan dengan kurma dahulu. Memang telah di ketahui kurma memang banyak khasiatnya. Kurma bukan  dimakan di bulan puasa saje…Pastikan bekalan kurma sentiasa ada di rumah

kurma adalah makanan sunnah
kurma adalah makanan sunnah
  • Madu – makan madu 3 sudu tanpa air atau meminum  air madu 5 sudu setiap hari. Pastikan ia adalah madu lebah asli. Saya ada kawan yang memang ternak madu asli…kalau nak boleh hubungi saya…hehe iklan sikit. InsyaAllah pure punya madu. Ye la…kebanyakan yang kita jumpa bukan asli. Sememangnya madu asli sangat mahal.

madu asli
madu asli
  • Susu Kambing – mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari. Seelok-eloknya semasa sarapan dan sebelum tidur. Sekarang memang banyak produk susu kambing. Pilih saje yang berkenan di hati

susu kambing banyak khasiat
susu kambing banyak khasiat
  • Air Kelapa – amalkan minum air kelapa muda setiap hari ketika hampir bersalin. Di samping baik untuk bayi, air kelapa juga dapat mengelakkan jaundice. Air kelapa lebih mujarab jika tak letak gula

minum tanpa gula
minum tanpa gula
  • Buah Delima – Mengamalkan minum pati  delima paling kurang 500ml sehari. Sekarang sudah ada pati yang telah siap di proses. Orang tua kata buah delima ini bagus di makan semasa mengandung supaya anak cerdik

minum pati delima
minum pati delima
  • Peranan Suami – suami digalakkan mengusap perut isteri sambil berselawat sebanyak mungkin.Alaa…sweetnyer suami buat camni. Barulah ibu bersemangat jaga kesihatan ibu dan anak.

suami usap sambil berselawat
suami usap sambil berselawat
  • Supplemen – Supplemen semasa mengandung semestinya untuk membantu kesihatan ibu dan anak. InsyaAllah sedikit sebanyak bayi mempunyai keimunan yang tinggi. Set hamil shaklee boleh klik disini.

set hamil shaklee
set hamil shaklee

Ibu2 memang ingin yang terbaik untuk anak2. Sambil2 kita mengamalkan makanan sihat ini jangn lupa berdoa minta pertolonagn Allah agar dipermudahkn segalaNya. Saya doakan ibu2 semua sihat dan bersedia untuk menerima orang baru.

Untuk dapatkan supplemen boleh hubungi saya.

Whatasap / Sms : 019 965 6193

FB: Wan Norasiah

SID : 908037

 

1 thought on “Petua Mengelakkan Jaundice Pada Bayi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge