Impian 5 Destinasi

Semua orang mempunyai impian…bila ditanya saya destinasi yang ingin dikunjungi…termenung jugak saya…emmm tak terfikir plak untuk berimpian ke destinasi idaman. Bila tengok orang melancong ke negara orang…teringin jugak. Setelah berfikir sejenak…emm bagus juga senaraikan destinasi yang ingin kita pergi…

A hauntingly beautiful night in the Blue Mosque Courtyard in Istanbul.
A hauntingly beautiful night in the Blue Mosque Courtyard in Istanbul.

5 Destinasi Menjadi Impian

  • Mekah dan Madinah

Walaupun saya telah sampai ke bumi Anbiya’ ini…namun masih lagi menyimpan impian untuk sampai ke sini lagi…Alhamdulillah diberi rezeki  menjejakkan kaki di 6 tahun yang lalu. Kenangan itu masih segar di ingatan..Ingin sekali ianya berulang lagi. Tiada tempat lain yang mampu menandingi bumi barakah ini.

Mekah dan Madinah memang tak dapat dipisahkan…Ketenangan, kebahagiaan dan kehambaan sangat dirasai. Sangat rugi jika kita dipanggil Ilahi tanpa sempat sampai ke bumi suci ini. Niat perlu disertai dengan usaha contohnya menyimpan duit untuk sampai ke sini. InsyaAllah…Allah Maha Mendengar.

Impian untuk pergi satu keluarga bersama anak2…Itu bukan perkara mustahil kalau kita merancang dari awal…Rezeki Allah yang tentukan…Doa banyak2 agar dipermudahkan

mekah

  • Istanbul, Turkey

Semasa di Mekah selalu tengok warganegara Turkey.Mereka sangat dikenali daripada cara pemakaian semasa mengerjakan umrah atau  haji. Selalu bagi manisan atau coklat apabila duduk bersebelahan dengan mereka.

Turkey memang terkenal dengan negara yang banyak kesenian dan bahan bersejarah..Saya berkeinginan melihat bangunan2 yang cantik dan unik di sana…banyak tokoh2  Islam dari Turkey. Zaman pemerintahan kerajaan Islam di sana sangat hebat..tambah2 dengan kisah Ahmad Ammar yang meninggal di sana, menambah rasa ingin tahu pasal Turkey.

Anak saya yang ke4…Muhammad Ammar sempena dengan kisah Ahmad Ammar yang membuka mata orang Islam tentang kisah anak muda ini…moga2 Muhammad Ammar kami menjadi Ahmad Ammar junior..seorang yang luar biasa. Hanya Allah saja yang tahu. Sempat juga membaca buku kisah Ahmad Ammar ini

ahmad ammar

  • Jepun

Kenapa Jepun?hehe…rasa ingin tahu tentang kehidupan orang2 Jepun yang tinggi disiplinnya..Bila tengok cerita Jepun, sopan santun orang2 nya..Keadaan rumah yang unik dan bersih. Masih mengekalkan ciri2 tradisional walaupun negara mereka adalah negara maju.

Dengar cerita di sana nak tengok orang merokok pun susah..hebat cara didikan rakyat Jepun. Sehinggakan berlaku musibah pun masih lagi beratur untuk mendapatkan makanan.Tempat2 di sana pun menarik. Biasa tengok musim bunga di sana…sangat cantik. insyaAllah ada rezeki sampai sana.

jepun

  • Brunei

Dekat je kan…..hehehe dekat pun tak berpeluang pergi…Brunei adalah negara yang paling kaya. negaranya kecil sahaja dan unik sekali. Teringin untuk melihat kehidupan orang2 kaya di sana dengan pengamalan Islam yang sebenar. Diketahui negara Brunei telah menjalankan kan hukum hudud.

  • Negara Eropah

London atau Paris selalu disebut2..dalam tv banyak tempat2 menarik ditunjukkan sama ada di London atau Paris atau mana2 negara Eropah.Teringin melihat keindahan tempat2 ini dan cara hidup rakyat mereka. Mereka memang mempunyai kemajuan dalam segala bidang….dan perkembangan agama Islam juga hebat

london

InsyaAllah…jauh berjalan luas pengetahuan….melancong sambil mencari keredhaan Allah. Seperti lagu nasyid;

Tiada apa milik kita…

Semua Allah yang punya..

Ya…kita hanya menumpang saja di sini..Akhirat kekal abadi. Allah Maha Kaya

Whatsap: 019 965 6193

FB: Wan Norasiah

Fanpage: RahsiaUmmi

COD: Kampar – Gopeng – Batu Gajah – Simpang Pulai – Ipoh

3 thoughts on “Impian 5 Destinasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge