Ibu…Tolong Hentikan Penderitaan Ini…

Mungkin itulah  rintihan bagi seorang anak kecil yang tidak tahu apa2  tentang kesakitan yang ditanggungnya. Sembelit!!!! hanya mereka yang mengalaminya sahaja yang tahu bagaimana rasanyer… Orang dewasa macam kita pun fobia dengan masalah ini…apatah lagi anak2 kecil yang tidak mengerti apa2, tidak  tahu nak bercerita, hanya tahu menangis saje

KANAK1

Rasanya hampir semua ibu bapa pernah menghadapi masalah sembelit anak, susah nak buang air besar. Aduhhhh..kesiannya kat anak-anak kita duk teran najis. Mereka hanya tahu menangis saje hingga riuh sekampung. Kebiasaan menghadapi situasi ini  menyebabkan anak ini  trauma nak buang air besar, sanggup tahan sakit perut nak membuang air besar.

Siapa biasa sembelit?

Sembelit biasa berlaku kepada anak2 yang  yang minum susu formula dan anak yang telah menerima makanan pejal. Berbanding bayi yang menyusu ibu, jarang mengalami masalah sembelit ini. Ada beberapa faktor yang menyebabkan mereka sembelit.

 Punca Sembelit

1. Kurang minum air putih dalam sehari
2. Kurang mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan serat
3. Menempuh perjalanan yang jauh
4. Pola pemakanan yang tidak sihat tinggi lemak dan karbohidrat
5. Susu formula yang tidak sesuai

Cara untuk mengatasi sembelit pada anak?

 

1. Didik anak minum air putih dengan kerap setiap hari.
  • Disiplinkan anak minum setiap 15 minit-20 minit setiap kali
  • Letakkan botol air masak berdekatan dengan anak dan mudah dicapai bila anak mahu minum air         putih
  • kurangkan penyediaan air manis atau air berperisa
KANAK3
2. Jika ingin berikan anak minum air jus buah-buahan. Gunakanlah jus dari 
     buah sebenar dan masukkanlah sedikit serat atau pulpa ke dalam
     minuman jus anak
3. Beri buah-buahan berbeza kepada anak sebagai hidangan 
    sampingan 3 kali sehari.
  •     Antara waktu selepas sarapan dan sebelum makan tengahari
  •     Sebagai snek minuman petang bersama sekeping roti atau sedikit biskut
  •     Beri anak buah setengah jam sebelum makan malam
4. Pelbagaikan jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang 
    tinggi serat dalam sehari.
  •      Pisang, labu, keledek, buah naga, nenas, jambu, jambu batu, sayuran berdaun dll
5. Lebihkan sayur dalam setiap hidangan sarapan, makan tengahhari dan
     makan malam
6. Didik anak cintai sayur. (Ibu perlu kreatif dalam menyediakan menu bersayur)
KANAK2
7. Jika ingin menempuh perjalanan jauh. Ingatkan dan beri 
   anak minum air putih 
  •     setiap 15-20minit perjanan. (Kerana anak-anak hanya minum sedikit air putih
  •     sahaja setiap kali. Jadi kita perlu mengingatkan minum air putih dengan banyak).
  •     dalam kereta kena siap sedia air masak untuk bekalan semasa perjalanan
8. Bayi yang minum susu formula perlu disulam dengan air putih.Air yang
telah bercampur susu formula hanya cukup untuk menguraikan susu formula
sahaja tetapi tidak cukup untuk menampung keperluan cecair pada tubuhnya.
9. Berikan pemakanan seimbang pada anak. Makanan yang tinggi karbohidrat
dan tinggi lemak lambat diuraikan oleh usus. Jadi galakkan anak aktif berlari,
bersenam, menari, melompat dan sebagainya.
10. Buah prun. Buah prun sangat membantu dalam  masalah sembelit. Buah ini boleh dimakan sama ada dimakan terus atau dibuat jus.
11. Mealshake. Ini adalah produk Shaklee yang boleh membantu ibu2 menghentikan penderitaan yang ditanggung oleh anak2. Mudah  sangat makan mealshake ini, dicampur dalam susu atau dibancuh macam tu sahaja. Tambah2 rasanya yang sedap (perisa vanila) dapat memikat selera anak2.
mealshakes
Untuk satu bahagian  mealshake terdapat 3 gm serat yang dapat membantuproses peristalsis dalam kolon (pembuangan) berjalan dengan lebih lancar . Proses detoks juga dapat berlaku secara neutral. Sebab itu mealshake sangat sesuai untuk kanak2 yang selalu sembelit.
Ibu mana yang sanggup melihat anak menanggung kesakitan setiap kali nak buang air besar…Sembelit yang berterusan juga tidak bagus untuk anak2 kecil. Jom ibu2 berikhtiar untuk permata hati kita. Terdapat juga khasiat lain Mealshake. Boleh baca sini.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya..

Whatsap / Sms : 019 965 6193

FB : Wan Norasiah

SID : 908037

1 thought on “Ibu…Tolong Hentikan Penderitaan Ini…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge