Breastpump Murah dan Berkualiti

Anda sedang mencari breastpump murah dan berkualiti? Bagi ibu2 yang baru nak beli breastpump memang kena survey dulu dan tanya pendapat orang yang pernah guna. Lagi la zaman sekarang semuanya di hujung jari, boleh buat carian maklumat tentang breastpump ni. Banyak sangat jenama sampai tak tahu nak pilih yang mana. Di sini saya nak berkongsi pengalaman saya sendiri menggunakan breastpump.

cover breastpump

Kisahnya bermula apabila saya nekad fully breastfeeding  puteri saya. Semasa peknen lagi dah survey nak beli brand apa dan tanya kengkawan yang pernah guna. Melalui majalah Pa & Ma pun banyak promosi tentang breastpump.

Medela Swing

medela

Survey punya servey, jatuh cinta la dengan Medela  Swing….masa tu tahun 2012 tak banyak lagi brand macam sekarang. RM 799….huhuh…berpeluh jugak. Nasib baik suami tak kisah la. Sekali tengok macam mahal kan!!!!Sebenarnya  dengan nilai itu OneBabyWorld bagi banyak hadiah. Seronok sangat bila barang sampai sekotak hadiah. Ada cooler bag, blanket baby, rak botol, sarung net, 10 biji botol simpanan susu,plastik storage,  ice pack, belian nursing bra dengan harga murah dan baucer Rm10.

Alasan kukuh bagitau hubby beli yang mahal ni sebab mahal mesti berkualiti….tambah2 barang import kan….huhu…masa tu rasanya brand medela paling mahal..Disebabkan 1st time nak fully breastfeeding, memang sangat2 teruja nak breastpump ni.

Bila orang2 sekeliling yang tak ada pengalaman tentang breastpump tanya harga…semua terkejut. Mahalnyer rege!!! Huhu…buat sengih je ler…takder niat pun nak sohor kata orang klate. Nak bagitau mahal tapi berbaloi.

Satu lagi sebab pilih medela ni motornya kecil. Senang nak angkut ke tempat kerja. Yang brand lain masa tu ada spectra, unimom dan beberapa lagi semuanya besar. Jenuh la nak angkut hari2. Medela swing ni ringan, kecil dan bunyi pun tak kuat.

Nak dijadikan cerita belum sampai setahun guna, motor ada problem. Makin lama makin slow suction dia, huhu…tension sangat2 pump  tapi susu tak keluar. Nasib baik masih dalam guaranty. Cek medela service hanya ada kat KL dan Penang saje. Nak pos ambil masa seminggu. Kebetulan memang nak ke penang, terus ke kedai medela, tak ingat dah apa alamat nyer tapi yang pasti di pulau. Cek2…memang motor bermasalah. Terus diorang tukar motor yang baru.  Lega sebab masih dalam guaranty. Dah ada kat kedai tu kena racun plak ngan amoi kat situ beli alat ganti untuk buat spare. Emmm…melayang duit tambah2 barang nya harga mahal2.

Medela yang saya guna ni memang bayak part2 kecil. Kalau hilang memang menangis tak berlagu. Boleh tengok dekat pic ni banyak betul benda2 keciknya.

Hati berbunga2 mengepam untuk buat stok….memang sangat bersyukur dapat menyusu anakku sepenuhnya hampir 2 tahun…

Fress style Medela

medela twin

Jangan terkejut!!! I tak beli tapi pinjam huhu…kalau rasa best baru nak beli…saya  pinjam yang kawan punya kot2 double pumping dapat buat banyak stok susu. Tambah2 free style..sambil pumping, sambil buat kerja. Emmm.. try punya try banyak problem la plak. Nak pam kat tempat kerja susah nak pakai. Nak buat kerja sambil pam pun susah huhu…mungkin tak biasa lagi tapi kat rumah pun tak jalan jugak. Walaupu double pumping yang tapi hasilnya satu je yang keluar. Tak pandai nak adjust…memang tak sesuai dengan saya la. Selamat duit!!!!

Avent Manual

avent manual

Haha…pam ni gatal2 je nak beli. Duk tengok fb ramai yang duk komen best pakai avent manual….breast cepat kosong, cepat susu keluar dan macam lagi. Hinggalah terpengaruh nak beli avent manual ni. Masa tu ada kawan yang bagitau ada page yang jual murah…  suami tak berapa nak bagi tapi beribu alasan la sebab nak cuba  hehehe…itulah namanyer perempuan. Tak kira apa pun kalau kata nak….nak jugak hihi…ibu2 jangn jadi macam saya.  Akhirnya berjaya dapatkan pam manual avent dengan harga RM135…

Dapat barang terus guna…Ya Allah…lenguh tangan.  Dah bertahun guna elektrik tiba2 tukar manual memang lenguh…huhu…pastu tak guna. Bila suami tanya  naper tak guna, pandai2 cover hihi…takpe tak guna nanti boleh jual hihi…

Memang saya tak guna pam n. Salah satu sebab susah nak pam. Di tempat kerja, saya hanya pam di cube saje sambil sorok dalam tudung, nasib baik pakai tudung labuh kikih..  Jadi yang manual ni susah nak sorok. Kalau medela swing saya tengah pam pun kawan2 tempat kerja tak perasan. Motor masuk dalam drawer.

Emmm…Avent manual pam simpan…sampai jodoh kita jual heheh. Memang saya jual dengan harga RM100 dalam FB.  Best lagi mummy tu datang sendiri amik barang.Ok la dari suami duk sindir2 je kan….(memang pun membazir)

Snow Bear

snowbear

Ini kisah setelah lahir anak yang ke empat. Cerita kat atas tu anak ke tiga….lepas bersalin godek balik kotak medela yang disimpan baik2 sebab mahal kan dan banyak berjasa. Itu pun setelah anak umur sebulan baru teringin nak buat stok. Ya Allah….pam2 tak kuar. Bila picit susu memancut banyak….hohoho….bukan masalah tak ada susu tapi pam!!!hahhhh….diuji lagi…

Stresss….suction pam tak kuat. Belek2 ini mesti masalah motor lagi. Guaranty dah habis terus call medela servis…mak kau!!!motor saje harga sama dengan set medela swing yang baru….emmm memang tak merasa la medela ni. Staf dia pun cakap lebih baik beli baru dari beli motor saje. Ok full stop medela…kena cari alternatif  lain sebab tak lama dah nak kerja, stok kena ada.

Terus survey kengkawan dan google. Objektif murah dan bermutu…cheeewah dah pernah guna yang mahal katakan…

Kebetulan ada promosi pam jenis snow bear dan harga mampu milik rm199. 4 set snow bear sama dengan 1  set medel swing huhu….kawan pun ada guna yang jenis ini.

Terus order dan dengan sukacita dimaklumkan sangat2 berpuas hati dengan kualitinya. Kalau rosak pun tak terkilan dengan harganya. Guaranty plak 2 tahun. Suction nya lagi kuat berbanding medela. Ringan dan tidak banyak part2 kecik dalamnya. Senang nak urus dan simpan. I dah jatuh cinta dengan snow bear!!!!!  Tiubnya memang tidak masuk air, tidak seperti medela yang mudah masuk air dalam tiub menyebabkan suction tidak kuat. Nak cuci pun senang…… i like….lebih2 la plak.

Sehinggalah sekarang ke mana saje pergi, snow bear tidak ditinggalkan….mahal tidak semestinya berkualiti dan murah tidak semestinya tidak berkualiti…

Anda ada sebarang pertanyaan?

Boleh hubungi saya :

Whatsap/s ms : 019 965 6193

FB : Wan Norasiah

Fanpage : Rahsia Ummi

COD: Kampar, Batu Gajah, Simpang Pulai, Ipoh

 

 

n!!!!Sebenarnya  dengan nilai itu OneBabyWorld bagi banyak hadiah. Seronok sangat bila barang

 

 

 

 

 

 

4 thoughts on “Breastpump Murah dan Berkualiti

  1. assalamualaikum, dlu saya guma medela mini. sekarg suction ia baguslg tapi utkmbawa kemtempat kerja malu pula. bising sangat adeh. adakah ini petanda duit nk melayanglg. best ya snowbear tu? tu
    ah, syv pun risau beli yg brand biasa mudah rosak atau xbest.. bunyi dia sesenyap fs tak?

    1. wsalam…snowbear bunyinyer kuat jugak. biasa saya letak dlm laci bila nak pam…hihi…ikut nasib kot. ada orang yang murah atau yang mahal bertahan lama….huhu..kena jaga elok2 kot

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge