Atasi Cramp Semasa Mengandung

Ibu hamil selalu mengalami cramp feet atau kaki kejang. Hanya mereka yang biasa kena saje yag tahu betapa sakitnya…Kejang kaki berlaku disebabkan oleh kontraksi otot luar kawalan yang akan menjejaskan betis  kaki. Ia boleh berlaku bila2 masa dan sering berlaku pada waktu malam semasa trimester kedua dan trimester ketiga mengandung.

cramp

Punca berlaku cramp

Cramp dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Walau bagaimanapun,  mengapa  ini cramp sering berlaku kepada ibu hamil tidaklah diketahui.

Cramp akan berlaku secara tibab2….biasanya menegang pada otot betis. Walaupun berlaku hanya beberapa minit minit…tapi tuhan saje yang tahu….Uniknya bagi ibu yang hamil cramp biasa berlaku pada waktu malam dan mengejutkan anda dari tidur. Yang pasti kesakitan daripada cramp in tidak merosakkan otot betis anda..

urut cramp

Antara sebab mengapa cramp berlaku semasa hamil ialah:

  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
  • Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
  • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

Cara melegakan kesakitan ini?

Cramp ini boleh dilegakan dengan beberapa cara iaitu:

  • Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
  • Urut otot yang kejang itu.
  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Foot-Cramps-During-Pregnancy

Cara mengelakkan berlakunya Cramp

  • Senaman regangan kaki. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
  • Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
  • Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
  • Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.
  • Minum banyak air.
  • Mengambil supplemen Ostematrix Shaklee

ostematrixOstematrix mengandugi…

kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.

Nutrien2 ini perlu untuk memperbaiki kekejangan dan kebas2. Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas2, kekejangan sakit sendi dan artritis

Testimoni:

Saya sendiri. Semasa hamil boleh dikatakan setiap malam saya mengalami cramp. Pantang geliat sikit, terus cramp….Ya Allah, sakit nya rasa macm nak menangis. Masa tu terpaksa minta tolong suami urut, tak kira tengah2 malam buta…Suami pun sambil pejam mata urut…hehe takpe la tanda suami sayang!!!

Alhamdulillah setelah saya mengamalkan 3 biji setiap malam, tiada lagi serangan di tengah malam…Bangun tidur dengan lebih segar , ringan badan…malah lenguh2 badan pun tiada.

Anda perlu cuba! Ostematrix telah menjadi buah hati saya…Jangan fikir harga mahal nak beli…Cuba dulu….Anda tak akan menyesal. InsyaAllah. Hubungi saya…

SMS / Whatsap : 019 965 6193

FB : Rahsia Ummi

COD : Kampar, Gopeng, Batu Gajah, Simpang Pulai, Ipoh

 

1 thought on “Atasi Cramp Semasa Mengandung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge