15 Aktiviti Bijak Bersama Anak-Anak

Kegembiraan menyambut permata hati memang tak dapat nak digambarkan. Ibu dan bapa tidak sabar2 untuk melihat anak membesar. Perkembangan anak2 ini sangat cepat bermula meniarap, merangkak, berjalan, bercakap dan sebagainya. Tahukah ibu bapa bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Alat pemebelajaran paling baik ialah ANDA sendiri.

bermain menegmbangkan minda
bermain mengembangkan minda

Apa yang ibu bapa boleh bantu perkembangan anak? Ya Allah terlalu banyak….bukankah sekolah pertama anak2 adalah di rumah. Disini diberikan 15 aktiviti bijak yang boleh ibu bapa lakukan bersama anak2. Jagan biarkan masa berharga itu berlaku sia2 saje. Ibu bapa gembira, anak pun bijak.

15 Aktiviti Bijak Bersama Anak-Anak

1. Susukan dengan susu ibu – memang tidak dinafikan susu ibu adalah susu terbaik di dunia. Didapati kanak2 yang menyusu susu ibu mempunyai IQ yang lebih tinggi. Jadi, usahalah untuk susukan anak anda selama yang boleh. Sebaik2nya sehingga 2 tahun

2. Hasilkan buku binatang – kanak2 suka melihat binatang. Ambil gambar binatang dan bukukan. Kemudian keraplah membaca buku itu bersama2 sambil menamakan dan membuat bunyi2 binatang

3. Nyanyikan lagu untuknya – ada kajian menunjukkan mempelajari ritma muzik ada kaitannya dengan pembelajaran matematik. Oelh itu belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau reka lagu sendiri untuk dinyanyikan kepadanya. Daripada pengalaman kanak2 perempuan lebih suka menyanyi berbanding kanak2 lelaki.

4. Main dengan warna – latih anak untuk memilih satu warna dan sebut warna tersbut. Luangkana masa dengannya dengan mencari objek yang sama warna dengannya.

5. Guna kad imbasan – kad imbasan sangat cepat untuk anak2 belajar. Mengenal ABC atau 123 engan menunjukkan kad satu persatu dengan cepat. Apabila kad bergerak laju, otak kanan bekerja keras untuk mengakap apa ynag ditunjukkan. Dalam tempoh seminggu, lihat kesannya. Pasti dia dapat menghafal perkataan dan nombor yang anda prkenalkan kepadanya

6. Buat kraf tangan – melakukan kerja kraf bererti kita mengerah otak kanan. Jadi, ajak anak anda bermain tanah liat, menggunting kertas, membuat origami dan lain2

7. Melukis – anda hanya perlu melukis sebahagian sahaja dan suruh anak menyelesaikannya. Aktiviti ini dapat mengaktifkan otak kanan

8. Bercerita – mulakan dengan sebuah kisah dan minta anak sambungkan cerita itu mengikut daya imaginasinya

9. Bermain teka teki – letakkan satu barang dalam kotak tisu dan suruh anak meneka apakah benda itu. Mulakan dengan memberi petunjuk seperti warna atau bunyi. Ia dapat mengaktifkan otak kanan.

10. Doa sambil nasihat dan mengaji – sama ada sebelum anak tidur, sedang tidur atau baru bangun tidur, ambil sedikit waktu untuk mebacakan doa sambil mengusap kepalanya dan pada masa yang sama memberi nasihat berguna. Membaca surah2 pendek ketika baring2 nak tidurkan mereka pun boleh dipraktikkan. Jangan terkejut, mereka boleh ingat surah2 pendek tanpa kita jangka.

membina anak yang yakin dan berani
membina anak yang yakin dan berani

11. Sertai playground – mula dedahkan mereka dengan rakan2 seusianya. Cara ini boleh melatih si manja agar lebih berani untuk berkomunikasi dengan individu yang berada di luar lingkungannya.

12. Kurangkan menonton tv – tv disifatkan boleh merosak keterampilan mental dan mensia2kan waktu untuk perkembangan otak si manja. Sebaiknya, buka ruang ntuk si manja lebih banyak berbual.

13. Belajar muzik – kajian mendapati, kanak2 yang bermain piano atau biola memperoleh skor keterampilan komunikasi 15% lebih tinggi berbanding kanak2 yang tidak bermain dengar alat muzik. Muzik boleh merangsang minda dan menguatkan daya ingatan si manja anda

14. Akrab dengan buku – walaupun penggunaan internet dan pelbagai gajet mudah alih lain menguasai pasaran semasa, jangan putuskan hubungan anak anda dengan buku. Membaca adalah jambtan ilmu. Pupuk minat suka membaca sejak dari kecil agar tabiat itu berterusan sehingga dewasa

meluangkan masa membaca bersama anak2
meluangkan masa membaca bersama anak2

15. Beriadah – dorong si manja untuk mengamalkan cara hidup yang sihat dan aktif. Luangkan masa sekurang2nya tiga kali seminggu untuk berjoging atau mengajak si manja bersama2 melakukan aktiviti di luar. Aktiviti menyihatkan ini membantu merangsang otak si manja agar lebih cergas dan cerdas

Sumber: Majalah Pa&Ma

Ini adalah sebahagian sahaja aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak2. Banyak lagi perkara2 lain yang boleh dilakukan bersama2. Bukan sahaja membentuk anak2 yang cergas dan aktif malah ia dapat merapatkan lagi hubungan kekeluargaan beserta dengan pembinaan akhlak anak2. Sama2 kita membina keluarga bahagia di dunia dan akhirat

boleh juga baca:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge